Ahad, 21 Disember 2014 |
Terakhir kemaskini: Khamis, 18 Disember 2014
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Maju ke: Peluang Kerjaya

    Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

    Maklumbalas Bekas Pelatih

    PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

    Laman Utama Latihan Latihan Peralihan Pekeliling Kursus Pekeliling Tawaran Program Latihan Peralihan Selama 3 Bulan Hingga 18 Bulan Anjuran Perhebat Bagi Pengambilan Tahun 2010

    Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel

    Pekeliling Tawaran Program Latihan Peralihan Selama 3 Bulan Hingga 18 Bulan Anjuran Perhebat Bagi Pengambilan Tahun 2010

    Rujuk kepada perkara di atas

    1. Program ini ditawarkan kepada semua peringkat anggota ATM (pegawai dan anggota lain-lain pangkat)  dan bekas anggota ATM. Program Latihan Peralihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
      • Lampiran A - Kursus Bahagian Teknikal & Vokasional di PERHEBAT. Pengambilan Januari 2010, April 2010, Julai 2010 dan Oktober 2010.
      • Lampiran B - Kursus Bahagian Sektor Perkhidmatan di PERHEBAT. Pengambilan Januari 2010, April 2010, Julai 2010 dan Oktober 2010.
      • Lampiran C - Kursus anjuran PERHEBAT di Lain-Lain Institut Latihan
      • Lampiran D - Kursus anjuran PERHEBAT di Institusi Latihan Kerajaan.
    2. Kelayakan - Syarat kelayakan bagi mengikuti kursus ini adalah seperti berikut:
      • Persijilan SKM Tahap 1 dan 2 (Tempoh Latihan Peralihan 18 bulan)
        Terbuka kepada anggota ATM dan Bekas Tentera yang berkelayakan. Bagi mereka yang mengikuti Latihan Peralihan di PERHEBAT akan dipakej dengan Tambah Nilai, Nilai Tambah, Keusahawanan dan Latihan Sambil Kerja(OJT).
      • Persijilan SKM Tahap 1 dan 2 (Tempoh Latihan Peralihan 12 bulan)
        Terbuka kepada anggota ATM dan Bekas Tentera yang berkelayakan mengikuti Latihan Peralihan di PERHEBAT akan didedahkan dengan Nilai Tambah sahaja.
      • Persijilan SKM Tahap 1 dan Persijilan PERHEBAT (Tempoh Latihan Peralihan 6 bulan)
        Terbuka kepada anggota ATM dan Bekas Tentera yang berkelayakan dalam bidang tertentu sahaja. Bagi Pegawai berpangkat Mejar dan ke atas, tempoh Latihan Peralihan adalah selama 3 bulan.
      • Peningkatan Kemahiran /Persijilan (Tempoh Latihan Peralihan 6 bulan)
        Bagi mereka yang mempunyai SKM Tahap 2 dan ke atas tetapi berhasrat meningkatkan kemahiran, PERHEBAT akan memberi pertimbangan tajaan samada di dalam dan di luar PERHEBAT dengan organisasi yang diiktirafkan.
    3. Cara Memohon. - Permohonan bagi mengikuti kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
      • Anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan. Menggunakan Kembaran A Kepada PMAT  Bilangan 5 Tahun 2005 (Borang Permohonan Mengikuti Latihan Peralihan).
      • Bekas Anggota ATM. Menggunakan Borang PERHEBAT 26 (Pin 2). Kepilkan bersama salinan Kad Pengenalan Awam dan salinan Buku Akuan Perkhidmatan.
    4. Tawaran Kursus
      Tawaran Kursus adalah berdasarkan kepada keputusan ujian bertulis (kemahiran & matematik). Calon – calon yang layak untuk mengambil ujian pemilihan akan dimaklumkan oleh Markas Perkhidmatan masing - masing. Bagi anggota yang memohon kursus di PERHEBAT sekiranya gagal mendapat kursus pilihan pertama, anggota diberi peluang memilih bidang pilihan Ke 2 atau Ke 3 seperti mana yang tercatat pada Kembaran A anggota atau borang ujian pemilihan kursus LP di PERHEBAT. Tawaran diberi tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada pada masa itu.
    5. Penginapan dan Sajian.
      Kemudahan penginapan PERHEBAT hanyalah diperuntukkan kepada pelatih – pelatih dari luar Kuala Lumpur/Selangor sahaja. Manakala sajian akan diperuntukan kepada semua pelatih secara percuma. Pelatih yang menggunakan kemudahan penginapan dikehendaki membayar wang cagaran asrama sebanyak RM30.00 semasa mendaftar. Wang cagaran akan dikembalikan sekiranya tiada kehilangan/kerosakan peralatan asrama yang dipinjam setelah tamat kursus.
    6. Bayaran Pengajian
      Secara dasarnya yuran pengajian di institut latihan bagi anggota yang mendapat kelulusan tajaan akan ditanggung oleh PERHEBAT. Walau bagaimanapun  beberapa jenis yuran perlu dibayar oleh pelatih seperti yuran pendaftaran, yuran kebajikan, yuran agama, yuran sukan, kad pelatih, T-Shirt/Jaket Latihan dan lain-lain. Bagi peserta yang mengikuti latihan di institut luar seperti ILP, IKM, Pusat Giat MARA, anggota hendaklah mendahulukan wang sendiri bayaran yuran-yuran dan pembelian peralatan tangan. Tuntutan sebahagian bayaran balik boleh dikemukakan kepada PERHEBAT melalui Pengurus PERHEBAT Negeri masing-masing (Resit rasmi diperlukan sebagai bukti bayaran). Keutamaan tajaan adalah bagi perkara-perkara yang berkaitan kebajikan atau kursus yang tidak di tawarkan di Kompleks PERHEBAT.
    7. Tarikh Tutup Permohonan
      Semua permohonan (Kembaran A kepada PMAT Bil. 5 Tahun 2005) hendaklah sampai ke PERHEBAT 3 bulan sebelum kursus bermula. Bagi pengambilan bulan Januari dan Julai permohonan hendaklah sampai ke PERHEBAT sebelum tarikh ujian pemilihan dijalankan. Bagi permohonan yang lewat diterima PERHEBAT boleh mempertimbangkan sekiranya masih terdapat kekosongan tempat bagi kursus yang dipohon.
    8. Keputusan. Semua yang di nyatakan termasuk jadual-jadual yang di sertakan adalah tertakluk kepada pindaan dan peruntukan kewangan.
    9. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cawangan PERHEBAT Negeri yang berhampiran ataupun menghubungi terus Ibu Pejabat PERHEBAT  ditalian  03 – 61569412 disambungan seperti berikut:
      1.  
        • Mej Rosli Mohd Yazid (bersara) – 524
        • Pn Azwita Hayu Ab Rahman – 223
        • En Mansur bin Ibrahim – 239
        • En Ab Rahim Bin Hamat dan - 410
        • Pn Noorun Abdul Rahman - 237

       

      • E.mail  :  Alamat email ini dilindungi dari Spambot. JavaScript diperlukan untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. JavaScript diperlukan untuk melihatnya

     

    Sekian, terima  kasih.

    AS’AT BIN ZAINI
    bp Ketua Pengarah
    Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

     

    LAMPIRAN A

    PERANCANGAN PENGAMBILAN BAGI KURSUS-KURSUS 6 – 18 BULAN DI PERHEBAT BAGI TAHUN 2010 (Teknikal)

    PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    11 JAN 28 JUN
    1. PUSAT KEJURUTERAAN AUTOMOTIF JUMLAH PELATIH
    Mekanik Kenderaan Motor 18 bulan 40 40
    1. SKM 1& 2
    2. PERHEBAT
    Mengetuk dan Mengecat Kenderaan 18 bulan 16 32
    1. SKM 1 & 2 (Penyembor Cat Kenderaan)
    2. SKM 1 (Pengetuk Panel  Kenderaan)
    3. PERHEBAT
    Mekanik Motosikal 18 bulan 16 -
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Perapian & Pengalasan Kenderaan 18 bulan - 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Jahitan Pakaian Lelaki 18 bulan 40 -
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    JUMLAH 112 88

    PUSAT BINAAN DAN KEJURUTERAAN

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    11 JAN 28 JUN
    2. PUSAT BINAAN DAN KEJURUTERAAN JUMLAH PELATIH
    Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu 18 bulan 16 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Pembuat  Perabot 18 bulan 16 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Jurukerja Paip 18 bulan 16 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Jurubina Bangunan 18 bulan 32 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Pemasangan Jubin 18 bulan 16 16
    1. Tiada SKM
    2. PERHEBAT
    Jurukimpal Arka Logam Berperisai 18 bulan 16 16
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    JUMLAH 112 96

    PUSAT KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    3. PUSAT ELEKTRIK & ELEKTRONIK 11 JAN 28 JUN
    Mekanik Teknologi Elektronik 18 bulan

    16

    16
    1. SKM 1 (6 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1 & 2 (12 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1, 2 & Nilai Tambah (18 bulan)
    2. PERHEBAT
    Mekanik Penyejukbekuan &     Penyamanan Udara 18 bulan 16 16
    1. SKM 1 (6 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1 & 2 (12 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1, 2 & Nilai Tambah (18 bulan)
    2. PERHEBAT
    Juruelektrik Domestik 18 bulan 32 32
    1. SKM 1 (6 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1 & 2 (12 bulan)
    2. PERHEBAT
    1. SKM 1, 2 & Nilai Tambah (18 bulan)
    2. PERHEBAT
    JUMLAH   64 64

    PUSAT MEDIA & ICT

    BIL Nama Kursus Tempoh Kursus 2010 PERSIJILAN
    11Jan 01 Apr 28 Jun 04 Okt
    4. PUSAT MEDIA & ICT
    Seksyen Percetakan
    (a) Pereka Grafik
    18 bln 9 9
    1. SKM 1 & 2
    2. PERHEBAT
    Seksyen Komputer
    (b) Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
    6 bln 16 16
    1. SKM 2
    2. PERHEBAT
    Seksyen Fotografi
    (c) Kursus Fotografi
    6 bln 10 10 10 10
    1. PERHEBAT
    Seksyen Baikpulih Komputer
    (d) Kursus Juruteknik Sistem Komputer Peribadi (PC repair)
    12 bln 16 16
    1. SKM 2
    2. PERHEBAT
    (e) Kursus Teknologi Komputer 18 bln 16 16
    1. SKM 2
    2. PERHEBAT
    JUMLAH 67 10 67 10

     

    LAMPIRAN B

    PERANCANGAN PENGAMBILAN BAGI KURSUS-KURSUS 6 – 18 BULAN DI PERHEBAT BAGI TAHUN 2010 (Bukan Teknikal)

    PUSAT PENGURUSAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN

    BIL NAMA KURSUS JANGKAMASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    11 JAN 28 JUN
    1 PUSAT PENGURUSAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN Jumlah pelatih
    (a) Pengurusan Pembangunan Profesional: Usahawan Hotel & Katering (Sijil NRA) 18 bulan 20 20
    1. Sijil NRA (USA)
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (b) Usahawan Pelancongan (SKM Tahap 1 & 3) 18 bulan 20 20
    1. SKM 1 – Operasi Pelancongan Dalam Negeri
    2. SKM 3 - Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi
    3. PERHEBAT
    (c) Usahawan Pusat Peranginan, Penginapan dan Penyedia Makanan 18 bulan 20 20
    1. SKM 1 & 2 Attendan Bilik
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (d) Pengurusan Pembangunan Profesional Perhotelan (Sijil NRA) 12 bulan 20 20
    1. Sijil NRA (USA)
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (e) Pengurusan Pelancongan & Rekreasi 12 bulan 20 20
    1. SKM 3 – Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi
    2. PERHEBAT
    (f) Operasi Pusat Peranginan 12 bulan 20 20
    1. SKM 1 - Atendan Bilek
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (g) Usahawan Perkhidmatan Dobi 6 bulan 20 20
    1. PERHEBAT
    (h) Usahawan Perkhidmatan Restoran 6 bulan 20 20
    1. PERHEBAT
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    JUMLAH 160 160

     

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    11 JAN 1 APR 28 JUN 4 OKT
    1. Kursus Sijil Pegawai Keselamatan dan Kesihatan 6 bulan 25 25 25 25
    1. NIOSH
    2. PERHEBAT
    2. Pegawai Latihan Vokasional (VTO) 3 / 6 / 12 bulan 20 - 20 -
    1. SKM – 3
    2. PERHEBAT
    3. Kursus Bidang Pengurusan Securiti 6 bulan 20 - - 20
    1. PERHEBAT
    JUMLAH 65 25 45 45

    PUSAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAN SAJIAN

    BIL NAMA KURSUS JANGKAMASA PENGAMBILAN 2010 PERSIJILAN
    2. PUSAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAN SAJIAN Jumlah Pelatih
    11 Jan 28 Jun
    (a) Pembantu & Penyedia Makanan 18 bulan 20 20
    1. Sijil SKM 1&2 (Penyedia Makanan)
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (b) Pembantu & Penyedia Bakeri 18 bulan 20 20
    1. Sijil SKM 1&2 (Penyedia Bakeri)
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (c) Pembantu & Penyedia Pastri 18 bulan 20 20
    1. Sijil SKM 1&2 (Penyedia Pastri)
    2. Pengendalian Makanan (KKM)
    3. PERHEBAT
    (d) Pakej Pengurusan Perkhidmatan Makanan
    1. Masakan Komersial
    2. Kontraktor Pembekal Makanan Mentah & Bermasak
    18 bulan 16 16
    1. Pengendalian Makanan (KKM)
    2. PERHEBAT
    (e) Masakan Komersial 6 bulan 16 16
    1. Pengendalian Makanan (KKM)
    2. PERHEBAT
    (f) Kontraktor Pembekal Makanan Mentah & Bermasak 6 bulan 16 16
    1. Pengendalian Makanan (KKM)
    2. PERHEBAT
    JUMLAH 108 108

    PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN 2009 PERSIJILAN
    11 JAN 01APR 28JUN 04OKT
    3. PUSAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN
    a. Program Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (IKS) 6 bulan 20 20 20 20
    1. PERHEBAT & MECD
    b. Pengurusan Peruncitan 6 bulan 20 20 20 20
    1. PERHEBAT
    2. PERNAMA
    c. Kursus Pengurusan Stesyen Minyak BHP Petrol 6 bulan 30 - 30 -
    1. PERNAMA
    2. BOUSTEAD
    JUMLAH 70 40 70 40

    LAMPIRAN C

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA KUOTA PENGAMBILAN TAHUN 2010 PERSIJILAN
    11 JAN 01 APR 28 JUN 04 OKT
    INTER REGION ENGINEERING (M) SDN BHD
    1 Sistem Pengurusan Projek Pepasangan Paip Gas 3 Bulan 20 20 20 20
    1. INTER REGION
    2. Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (SPACE) (UTM)
    2 Jurugegas Gas 6 Bulan
    3 Keselamatan Gas 6 Bulan
    4 Kontraktor Gas 18 Bulan
    CONSIST SDN BHD
    1 Sijil Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 6 Bulan 20 20 20 20 CONSIST (OSH Officer Certificate) - Di iktiraf oleh DOSH
    AZA FARM SDN BHD
    1 Penternakan Ruminan 6 Bulan 10 10 10 10 AZA FARM SDN BHD,
    No 4, Jalan Kampung Baru,
    Taman Perkasa
    86000 Kluang Johor

     

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN TAHUN 2010 Tempat Kursus
    1 Jahitan Pakaian 6, 12 & 18 bulan Jan 2010 Apr 2010 Jul 2010 Okt 2010
    1. Institut Kemajuan Iktisas Pahang, Kuantan, Pahang
    2. NPR Fashion Training Centre, Batu Caves, Selangor
    3. First Creative Design, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
    4. Koleksi Nikmat, Taman Melati, Kuala Lumpur
    5. DWI Karisma Sdn Bhd, Batu Pahat, Johor
    6. Akademi Jahitan Mellia, Kota Kinabalu, Sabah
    7. MZ Training, Seri Manjung, Perak
    8. Kolej Menara Jaya, Kampar, Perak
    9. Dian Training Centre, Jln Gombak, Kuala Lumpur
    10. Murni Tailor Centre, Kota Bharu, Kelantan
    11. Pusat Rekaan Fesyen & Imej Cheq Iah, Sg. Udang, Melaka
    12. Bak's Creation & Services, Seremban, N. Sembilan
    13. Yayasan Pelajaran Johor, Johor Bharu, Johor
    14. RNR Fashion Sdn Bhd, Alor Setar, Kedah

     

    Nota : Senarai di atas tertakluk kepada pindaan

    KURSUS LICENCE WITHOUT TYPE RATING (LWTR)

    BIL NAMA KURSUS JANGKA MASA KUOTA PENGAMBILAN TAHUN 2009
    Jan 2009 Apr 2009 Jul 2009 Okt 2009
    1 Kursus Licence Without Type Rating-Airframe 6 bulan 10-20 10-20 10-20 10-20
    2 Kursus Licence Without Type Rating-Avionik 6 Bulan 10-20 10-20 10-20 10-20
    3 Kursus Licence Without Type Rating-Enjin 6 Bulan 10-20 10-20 10-20 10-20

    LAMPIRAN D

    KURSUS ANJURAN PERHEBAT DI PUSAT LATIHAN KERAJAAN

    BIL TEMPAT KURSUS JANGKA MASA PENGAMBILAN TAHUN 2010 BIDANG
    1 Pusat Giat Mara * 9, 15 & 18 bulan Jan 2010 Jul 2010
    • Seperti dalam tawaran dari Pusat Latihan masing-masing. Tuan/Puan dikehendaki membeli Borang Permohonan yang akan dikeluarkan mengikut sesi pengambilan.
    • Calon perlu menamatkan kursus yang tempohnya melebihi 18 bulan untuk memperolehi sijil dari pihak penyedia latihan
    2 Institut Latihan Perindustrian * 15 & 18 bulan Jan 2010 Jul 2010
    3 Institut Kemahiran Mara * 18 bulan Jan 2010 Jul 2010
    4 Kolej Komuniti * 6, 12 & 18 bulan Jan 2010 Jul 2010

     

    Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
    Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

    Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
    Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta