Khamis, 11hb Mac 2010 |
Terakhir dikemaskini : Selasa, 02 Mac 2010
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya di PERHEBAT

Buat masa ini tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT. Jika terdapat kekosongan jawatan, iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan. Iklan juga akan dipaparkan di ruangan ini. Bimbingan Kerjaya Pesara ATM Perkara...

Selanjutnya

Maju ke: Peluang Kerjaya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

Maklumbalas Bekas Pelatih

PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

Laman Utama Program Kualiti

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDFPDF CetakCetak E-melE-mel

Program Kualiti

ANTARA PROGRAM-PRGRAM KUALITI YANG TELAH DIJALANKAN IALAH:

1.  BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN 

Sasaran Kerja Tahunan adalah satu elemen yang penting dalam Sistem Penilaian Prestasi bagi sesebuah organisasi dan juga untuk penilaian kerja pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan.

Menyedari betapa pentingnya meletakkan sasaran kerja tahun 2009, maka pengurusan PERHEBAT telah  mengadakan bengkel percambahan minda Sasaran Kerja Tahunan 2009 PERHEBAT selama 4 hari bermula 14 hingga 18 Januari 2009 di Hydro Majestic Pulau Pinang.  Bahagian Perkhidmatan Korporat telah dipertanggungjawab sebagai sekratariat dalam pelaksanaan bengkel tersebut.  Hasil daripada bengkel tersebut, PERHEBAT telah menetapkan beberapa 5 fokus utama SKT 2009. Antaranya

  •      Pengurusan Latihan Peralihan ATM
  •   .  Pengurusan Kewangan Dan Akaun
  •   .  Pengurusan Pembangunan Modal Insan
  •  .   Pengurusan Logistik Dan Perkhidmatan
  • .   Aplikasi Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Sasaran kerja Tahunan PERHEBAT ini kemudiannya telah dibentangkan dalam Forum Sasaran Kerja Tahunan Kementerian Pertahanan yang diadakan pada 05 Feb 2009 bertempat di Kelab Golf Perkhimatan Awam, Bukit Kiara.  Forum tersebut dipengerusikan oleh Ybhg Dato’ Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.  Semua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Pertahanan telah membentangkan Sasaran kerja Tahunan masing-masing untuk perbincangan.  PERHEBAT diwakili oleh Dato’ Mhd Najri Abd Hamid (Ketua Pengarah),  En Tajuddin bin Ahmad (Pengarah BLSP) dan Tuan Haji Basri Muhammad (Ketua Unit Pembangunan Korporat Dan Kualiti)

 

2.  TAKLIMAT 5S

 Bagi memberi kesedaran kualiti bekerja kepada warga PERHEBAT, satu ceramah kesedaran 5S telah diadakan pada 11 Mac 2009 di Dewan Syarahan PERHEBAT.  Ceramah tersebut disampaikan oleh En Izuwan Ahmad daripada Pusat Produktiviti Malaysia (MPC),

 APA ITU 5S

5S diperkenalkan pada tahun 1986 di negara Jepun dan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang teratur dan selesa kearah perkhidmatan yang berkualiti.  5S membentuk definasi berikut;

SIERI SISIH

Mengasingkan barang yang tidak perlu ditempat kerja dan membuangkannya.

SEITON  SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

 SEISO  SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU  SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang konsisten pada setiap masa

SHITSUKE  SENTIASA AMAL

Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

3.  SEMINAR KESEDARAN ISO VERSI 2008

Seramai 30 peserta telah menghadiri Bengkel Kajian Semula Prosuder  ISO Versi 2008 yang diadakan di Dewan Tan Sri Yusoff pada 16 Julai 2009.  Kursus sehari yang dikendalikan oleh RAZ9001 Consult Sdn Bhd antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai perubahan dan keperluan pelaksanaan ISO versi 2008 selaras dengan usaha PERHEBAT untuk menaiktarafkan ISO 9001:2000 kepada versi ISO 9001:2008.

Dalam bengkel tersebut, peserta diberi pendedahan untuk membuat penambahbaikan dokumen Manual Kualiti dan Prosedur Kerja mengikut keperluan ISO 9001  Versi 2008.

4.  KONVENSYEN KMK PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

MEDIA WAVE,  nama yang cukup gah ketika diumumkan sebagai JOHAN katogori pengurusan dalam pertandingan KMK peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan pada 16 Februari 2009 di Audoturium MINDEF.  Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang  telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abu Bakar Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Pertandingan anjuran Kementerian Pertahanan ini,  disertai oleh sebanyak 10 penyertaan dari semua agensi di bawah Kementerian Pertahanan yang dibahagikan kepada 2 katogori iaitu pengurusan dan teknikal. 

Kumpulan Media Wave seramai 10 orang yang mewakili  PERHEBAT adalah dari Pusat media & ICT  yang telah  membentangkan tajuk ’Sistem Konvensional Pengurusan bahan Guna Habis Tidak Efektif di PERHEBAT’.  Walaupun pertama kali menyertai pertandingan ini, namun hasil usaha dan komitmen semua pihak, Media Wave mampu membuktikan kejayaannya. Tahniah kepada kumpulan Media Wave yang diwakili oleh ahli berikut;

Fasilitator                               :           Haji Mustafa Ismail

Ketua Kumpulan                    :           Nor Azlina Kamaruzaman

Timbalan Ketua                     :           Khatim Taii Haraman Khalid

Setiausaha                            :           Nora Othman

Penolong Setiausaha           :           Suhaila Mohd Shahrin

Ahli-Ahli                                  :           Zainab Abdullah

                                                            Haji Adnan Md Taib

                                                            Zakinan Norden

                                                            Ab Murad Daud

                                                            Roslan Shuib

                                                            Mustaza Othman

5.  MEMAHAMI PELAN STRATEGIK PERHEBAT

Pelan Strategik PERHEBAT menggariskan lapan teras strategik untuk dilaksanakan

  1. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai latihan
  2. Memperkasa bidang penyelidikan dan pembangunan latihan
  3. Melaksana program promosi yang efisen dan berkesan
  4. Memantap dasar sumber  manusia, syarat dan terma perkhidmatan
  5. Pengsturkturan semula organisasi
  6. Mengoptimum perbelanjaan berdasarkan peruntukan
  7. Menyedia prasarana, peralatan dan fasiliti latihan yang lengkap dan kondusif
  8. Meningkatkan kecekapan aplikkasi ICT dalam pentadbiran dan latihan

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta