Jumaat, 12hb Mac 2010 |
Terakhir dikemaskini : Selasa, 02 Mac 2010
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya di PERHEBAT

Buat masa ini tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT. Jika terdapat kekosongan jawatan, iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan. Iklan juga akan dipaparkan di ruangan ini. Bimbingan Kerjaya Pesara ATM Perkara...

Selanjutnya

Maju ke: Peluang Kerjaya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

Maklumbalas Bekas Pelatih

PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

Laman Utama Perutusan Perutusan Tahun Baru 2010 - Pengerusi

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDFPDF CetakCetak E-melE-mel

Perutusan Tahun Baru 2010 - Pengerusi

 

BISMILLAH HIRROHMANIROHIM

Assalamuakaikum / Salam Sejahtera.

 

Selamat Tahun Baru 2010. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kita telah melangkah ke tahun 2010.  Marilah kita memasuki gerbang tahun baru ini dengan iltizam yang tinggi dan tekad yang padu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang dan berkualiti.

 

Tahun 2010 merupakan titik permulaan tahun yang penuh dengan cabaran bagi semua warga PERHEBAT.  Cabaran yang besar ialah untuk memperkasakan hala tuju baru yang telah dipersetujui oleh Lembaga Menteri untuk membolehkan PERHEBAT menjalankan perniagaan bagi menjana kewangan sendiri.  Disamping itu, 4 kampus cawangan kolej di seluruh negara akan ditubuhkan dalam usaha untuk memperluaskan lagi penyampaian latihan kepada bakal pasara dan pesara.

 

Saya percaya dan yakin dengan kebolehan dan kepakaran warga kerja PERHEBAT Insya-Allah mampu mencernakan hala tuju baru tersebut.  

 

Sebagai Pengerusi kepada sebuah organisasi yang berteraskan latihan, saya juga berharap agar seluruh warga PERHEBAT dapat mengembelingkan usaha dan komitmen secara optimum untuk memantapkan profesionalisme dengan memberi latihan, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan keprihatinan.  Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik akan berjaya menyahut cabaran dan melangsaikan amanah besar ini.

 

PERHEBAT akan terus mempergiatkan pelbagai aktiviti dan program latihan dengan peruntukan geran yang diluluskan pada tahun 2010 bagi mencapai matlamat penubuhannya dan memastikan ianya sentiasa relevan.


Diharapkan semua warga PERHEBAT berganding bahu dan bersatu hati melangkah sederap dengan semangat berpasukan yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam bidang tugas masing-masing.  Semoga perancangan dan usaha kita akan diberkati Allah. Terima kasih.

 

 

LAKSAMANA TAN SRI DATO’ SERI ILYAS BIN HJ DIN (Bersara)

Pengerusi PERHEBAT

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta