Khamis, 11hb Mac 2010 |
Terakhir dikemaskini : Selasa, 02 Mac 2010
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya di PERHEBAT

Buat masa ini tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT. Jika terdapat kekosongan jawatan, iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan. Iklan juga akan dipaparkan di ruangan ini. Bimbingan Kerjaya Pesara ATM Perkara...

Selanjutnya

Maju ke: Peluang Kerjaya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

Maklumbalas Bekas Pelatih

PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

Laman Utama Perutusan Perutusan Tahun Baru 2010 - Ketua Pengarah

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDFPDF CetakCetak E-melE-mel

Perutusan Tahun Baru 2010 - Ketua Pengarah PERHEBAT

 

Bismillah hirrohmaniirohim

Assalamuakaikum / Salam Sejahtera.

 

Saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melangkah ke tahun baru 2010. 

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah dan Masehi kepada seluruh warga PERHEBAT dengan harapan semoga tahun ini kita dapat mengekalkan kecemerlangan bukan sahaja kepada organisasi malah terhadap diri kita jua.

Sebagaimana sedia maklum, sebagai institusi peneraju latihan khusus kepada bakal pesara dan pesara tentera, pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk meletakkan PERHEBAT sebagai institusi bertaraf tinggi dan bergerak maju ke hadapan selaras dengan iltizam kerajaan melaksanakan model ekonomi baru dalam bidang peningkatan kemahiran tinggi kepada anggota ATM yang bakal bersara 

Justeru itu, saya selaku Ketua Pengarah PERHEBAT melihat usaha ini sebagai satu cabaran besar untuk kita semua yang bukan sahaja untuk meneruskan kesinambungan pelaksanaan latihan malah bertanggungjawab untuk mencari sesuatu kelainan atau imej baru dengan penerokaan dan penciptaan yang baru.

 Dalam meningkatkan pencapaian ini, pengurusan PERHEBAT meletakkan tahun 2010 merealisasikan antaranya;

  1. Mewujudkan Pelan Transformasi Pembangunan Dan Pengiktiranfan Modal Insan anggota ATM untuk memastikan semua anggota ATM mempunyai kemahiran atau ’occupational line’ semasa dalam perkhidmatan.
  2. Berusaha menjadikan PERHEBAT sebagai sebuah institusi bertaraf kolej dalam penjanaan ilmu dikalangan warga ATM.
  3. Menjana pendapatan sendiri melalui kepelbagaian bidang perniagaan.

Tahun datang dan pergi. Begitu juga masa berlalu tanpa disedari. Namun yang pasti ada kala setaf tidak kemana-mana, mereka masih berada ditempat yang sama dan tidak bertindak untuk berubah kearah positif mengikut keadaan. Positif yang dimaksudkan adalah jati diri, nilai murni dan komitmen terhadap apa yang dilakukan perlu ditingkatkan dalam usaha mencapai azam untuk berjaya dalam kerjaya.

Oleh yang demikian itu, dalam mempertabatkan hala tuju dan imej kecemerlangan PERHEBAT,  saya menyeru semua warga PERHEBAT agar bekerja bersama-sama saya dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut selain memahami kembali visi, misi, objektif dan nilai-nilai 1 Budaya 8 amalan agar tindakan kita nanti tidak tersasar dari landasan penubuhan PERHEBAT.

Pengurusan PERHEBAT akan terus mempergiatkan pelbagai aktiviti dan program latihan dengan peruntukan geran yang diluluskan pada tahun 2010 bagi mencapai matlamat penubuhannya dan memastikan ianya sentiasa relevan.

Akhirnya, saya berdoa semoga tahun 2010 ini akan memacu kejayaan dan meletakkan PERHEBAT dipuncak kejayaan sebagai institusi latihan kemahiran bagi anggota bakal pesara ATM yang berprestasi tinggi dan cemerlang.

 

 

HASSAN BIN JANTAN

Ketua Pengarah PERHEBAT

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta