Maklumat
Pautan
Kejayaan Pelatih PERHEBAT
|
PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum Selanjutnya |
|
Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT |
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya di PERHEBATBuat masa ini tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT. Jika terdapat kekosongan jawatan, iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan. Iklan juga akan dipaparkan di ruangan ini. Bimbingan Kerjaya Pesara ATM Perkara... Selanjutnya |
|
Maju ke: Peluang Kerjaya |
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.
Maklumbalas Bekas Pelatih
PERHEBAT mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.
Nilai & Etika PERHEBAT
Jumaat, 29 Januari 2010 09:27

Nilai Etika Kerja PERHEBAT telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Ilyas bin Hj Din, Pengerusi PERHEBAT sempena Sambutan Hari Kualiti PERHEBAT pada 9 November 2009.
Penghayatan Nilai Etika dan Budaya Kerja akan dapat :
- Meninggikan mutu perkhidmatan
- Bekerja dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
- Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
- Bekerja ke arah memajukan pemikiran kakitangan dan pembangunan organisasi
- Bekerjasama dalam menangani kelemahan & permasalahan pelanggan
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
Berikut 8 amalan (core values) PERHEBAT :
P : PRESTASI
E : EMPATI
R : RESPONSIF
H : HARMONI
E : ENTEPRENUR
B : BERWAWASAN
A : AMANAH
T : TANGGUNGJAWAB
PRESTASI
- Usaha menggerakkan kakitangan memperbaharui azam dan tekad serta bekerja keras bagi meningkatkan produktiviti
- Komitmen terhadap peningkatan yang berterusan dan keupayaan mengubahsuai mengikut keadaan.
- Perlu mahir untuk menjalankan tugas di dalam bidang masing-masing.
EMPATI
- Menjiwai kehendak keperluan pelanggan supaya kita lebih mudah memahami perasaan mereka
- Dapat menyelami perasaan pelanggan dan objektif PERHEBAT secara langsung kita dapat menangani separuh daripada masalah mereka
RESPONSIF
- Memenuhi permintaan pelanggan luar dan dalam dengan cepat dan profesional
- Sentiasa prihatin dan mesra pelanggan
- Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan secara berterusan
HARMONI
- Kesepakatan dan mesra untuk mencapai matlamat organisasi
- Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan ceria
- Memelihara semangat setiakawan dan mengutamakan kepentingan organisasi
ENTEPRENUR
- Memberi pendedahan bidang keusahawanan yang relevan kepada pelanggan
- Sentiasa mencari peluang untuk menjana pendapatan kepada organisasi
- Menggalakkan budaya kerja yang kreatif dan inovatif dalam bidang keusahawanan
BERWAWASAN
- Memandang kehadapan dan mempunyai perancangan dalam mengemaskan tugasan.
- Berpandangan jauh dalam mencapai matlamat organisasi.
- Sentiasa mencari idea dan kaedah baru menangani cabaran serta bersedia mendokong wawasan Pengurusan
AMANAH
- Mengamalkan budaya kerja yang berintegriti
- Mengutamakan kepentingan organisasi
- Mengamal dan melaksanakan tanggungjawab sejajar dengan ajaran agama
- Menjiwai personaliti unggul
TANGGUNGJAWAB
- Akauntabiliti terhadap tugasan seharian
- Menyegera tugasan (sense of urgency), mengikut arahan Ketua
- Kesetiaan kepada organisasi
- Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan


Nilai Dan Etika PERHEBAT
PDF
Cetak
E-mel