Khamis, 11hb Mac 2010 |
Terakhir dikemaskini : Selasa, 02 Mac 2010
  • Malay (Bahasa Malaysia)
  • English (United Kingdom)

Kejayaan Pelatih PERHEBAT

PERHEBAT sedang mengemaskini maklumat kejayaan bekas pelatih. Harap maklum

Selanjutnya

Maju ke: Kejayaan Pelatih PERHEBAT

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya di PERHEBAT

Buat masa ini tiada kekosongan jawatan di PERHEBAT. Jika terdapat kekosongan jawatan, iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan. Iklan juga akan dipaparkan di ruangan ini. Bimbingan Kerjaya Pesara ATM Perkara...

Selanjutnya

Maju ke: Peluang Kerjaya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kami melalui borang pertanyaan.

Maklumbalas Bekas Pelatih

PERHEBAT  mengalukan-ngalukan maklumbalas dari bekas pelatih mengenai kegiatan ekonomi setelah tamat berkursus di PERHEBAT . Klik di sini untuk menghantar maklumbalas.

Laman Utama Dasar Latihan

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDFPDF CetakCetak E-melE-mel

Dasar Latihan

Pernyataan Dasar Latihan PERHEBAT adalah untuk memberi:

“Latihan Peralihan kepada Personel Akan Bersara untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bekerja bagi menyesuaikan diri dengan penghidupan baru dan Latihan kepada Personel Bersara untuk peningkatan atau nilai-tambah atau kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran”.

Dasar Latihan ini perlu bagi memastikan PERHEBAT dapat menyediakan dan melaksanakan latihan kepada Personel Akan Bersara dan Personel Bersara mengikut perkembangan dan permintaan semasa pasaran kerja dalam industri dan keusahawanan selari dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) dan Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)  dan kemampuan PERHEBAT.

Pelaksanaan Dasar Latihan

Strategi Pelaksanaan Dasar Latihan memberi fokus kepada perkara berikut:

i. Kemahiran Asas

Tempoh Kursus : 18 Bulan

Komponen:

  • 12 bulan kursus Kemahiran Asas SKM 1 & 2 ++ ( Tambah Nilai)
  • 3 bulan Latihan Industri (OJT)
  • Kumpulan Sasar : Non-Tradesman

Tempoh Kursus 12 Bulan

Komponen:

  • 12 bulan kursus Kemahiran Asas SKM 1 & 2 ++ (Tambah Nilai)
  • Bagi kursus yang prasyarat SKM 1 dan terus buat SKM 2++ (Tambah Nilai)
  • 3 bulan kursus Nilai Tambah  (termasuk keusahawanan)
  • 3 bulan Latihan Industri (OJT)
  • Kumpulan Sasar : Non-Tradesman

Tempoh Kursus 6 Bulan

Komponen:

  • 6 bulan kursus Peningkatan Kemahiran serta Elemen Tambah Nilai ATAU
  • 3 bulan kursus Kemahiran Asas
  • 3 bulan latihan sambil kerja
  • Kumpulan Sasar : Non-Tradesman

Tempoh Kursus 3 Bulan

  • Untuk pegawai berpangkat mejar dan ke atas.
  • Latihan berbentuk teori menjurus kepada pengurusan/keusahawanan.

ii. Peningkatan Kemahiran

Meningkatkan kemahiran sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi atau mendapatkan Pengiktirafan / Pelesenan daripada badan-badan tertentu.

Contoh:

  • Penjaga Jentera (Chargeman) - Suruhan Jaya Tenaga
  • LWTR - Jabatan Penerbangan Awam

Kumpulan Sasar : Tradesman dan Pesara

iii. Usahawan

Untuk membimbing dan menggalakkan Bakal Pesara dan Pesara Tentera menceburi Bidang Keusahawanan

Komponen :

  • Pertanian & Perternakan
  • Industri Kecil & Sederhana
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Kontraktor
  • Pengusaha Bengkel
Pendekatan :
  • Usahasama
  • Francais
  • PROSPER
  • Mentor-Mentee
Kumpulan Sasar :  Bakal pesara dan pesara

iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Pendekatan

Dilaksanakan di Kompleks PERHEBAT dan outsource

Kumpulan Sasar

Semua Bakal Pesara dan Pesara

v. Kawalselia

Bertujuan Untuk menentukan :

  • Latihan mematuhi piawaian
  • Tempat Latihan
  • Pelatih
Komponen
  • Latihan Sambil Kerja / Pertanian & Penternakan /Pengurusan / Persendirian
  • Latihan Teknikal & Vokasional
  • Latihan Dalam Industri

Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: 6 03 - 6156 9412, Fax: 6 03 - 6157 0075

Hakcipta Terpelihara © 2009 - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Dasar Privasi     |     Penafian     |     Notis Hak Cipta