Jika ada sebarang pertanyaan, sila
hubungi PERHEBAT di alamat berikut:


Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai
Buloh, Peti Surat 65, 47000 Sungai
Buloh, Selangor.
Tel: 03 - 6156 9412

Latarbelakang
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Angkatan Tentera, 1994 yang diperbuat di bawah kuasa yang diberikan oleh Seksyen 23 Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Penubuhan Perbadanan ini adalah di atas nasihat Panel Pelaburan dengan kelulusan Menteri Pertahanan dan persetujuan Menteri Kewangan. Perintah Lembaga Angkatan Tentera 1994 ini telah diwartakan pada 25 Ogos 1994 dan berkuatkuasa mulai 30 Ogos 1994.

Visi
Untuk menjadi sebuah pusat latihan yang cemerlang dalam Pembangunan Sumber Manusia untuk bakal pesara dan bekas tentera.

Misi

Menyediakan perkhidmatan latihan yang berkualiti tinggi dan berintegriti kepada pelanggan dengan:

  • Tahap profesionalisme yang tinggi.
  • Penyerapan teknologi yang terkini dan nilai daya saing.
  • Pembangunan kurikulum yang memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja.
  • Memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
  • Mewujudkan jaringan dengan pihak industri dan institusi-institusi latihan awam dan swasta dalam dan luar negara.
Fungsi
  • Menjalankan Apa-Apa Bentuk Aktiviti Yang Berhubung Dengan Program-Program Latihan Bagi Personel ATM Yang Akan Bersara Atau Yang Telah Bersara; Dan
  • Menyediakan Kemudahan-Kemudahan Latihan Dan Mengawal Serta Memantau Pelaksanaan Program-Program Latihan Berkenaan.

Objektif

Objektif Operasi

  • Meningkatkan tahap ketrampilan pengajar melalui latihan yang berterusan.
  • Meningkatkan kualiti dalam pelaksanaan latihan dan pengurusan organisasi.
  • Menentukan penglibatan industri dan badan-badan akriditasi di dalam pembangunan dan penambahbaikan kurikulum.

Objektif Kualiti

  • Memastikan semua pengajar memperolehi Tahap SKM 3.
  • Mensasarkan sebanyak 88% pelatih mencapai ketrampilan untuk semua jenis sijil kecuali kursus NRA sebanyak 65%.
  • Menjalankan sekurang-kurangnya 85% kursus yang dijadualkan.
  • Memastikan tahap kadar keciciran tidak melebihi 5%.
  • Aduan pelanggan tidak melebihi 5% daripada jumlah pelatih sedia ada.
  • Tahap kepuasan pelatih terhadap pelaksanaan latihan tidak kurang 75% daripada skala penilaian latihan.
  • Memastikan tahap pencapaian pensyarah jemputan dalam skala 1-5 adalah 3.0 dan pencapaian pengajar PERHEBAT tidak kurang daripada 3.5.

Piagam Pelanggan


Sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberi kepada Pelanggan Misinya Kementerian Pertahanan, Pelanggan Prosesnya bakal pesara dan pesara tentera adalah berintegriti dan berkualiti tinggi dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  • Memastikan bakal pesara dan pesara tentera dilatih secara professional untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang yang dipohon dan memastikan graduan yang berkualiti dan berketrampilan dihasilkan bersesuaian dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil 6 Tahun 2000.
  • Memastikan pelaksanaan latihan yang ditawarkan selari dengan peruntukan kewangan yang disediakan dan memastikan pencapaian pada tahap salah urus kewangan sifar (Zero Financial Mismanagement).
  • Memastikan semua kursus yang dilaksanakan memenuhi piawaian pengiktirafan dengan mewujudkan sistem pengurusan yang diiktiraf seperti sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000 dan diaudit setiap 6 bulan sekali.
  • Memastikan segala kemudahan insfrastuktur dan peralatan sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan sepenuhnya setiap masa dengan membuat pemantauan setiap hari dan diaudit setiap 6 bulan sekali selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000.
  • Memastikan kursus yang dilaksanakan memenuhi keperluan pasaran.
  • Memastikan surat tawaran dikeluarkan kepada peserta kursus yang berjaya tidak lewat daripada 4 minggu sebelum kursus bermula.
  • Memastikan semua pekeliling tawaran kursus Latihan Peralihan di PERHEBAT diedarkan kepada semua Pasukan ATM sebelum 12 bulan Latihan Peralihan bermula.
  • Memastikan permohonan kursus Pra Latihan Peralihan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja. Memastikan segala urusan mengenai kursus yang dikemukakan diselesaikan pada hari yang sama.

Carta Organisasi
[ lihat carta organisasi ]

Panduan Jalan
[ lihat Panduan Jalan ke PERHEBAT ]

Panduan Tapak Ibu pejabatPERHEBAT
[ lihat Panduan Tapak Pejabat PERHEBAT ]